About Me

My photo
i'm azmira. 1991's. putrajaya. i dont know how to write.

Sunday, April 15, 2012

alive

knock knock !
kyaaaahhh !
hye u olls.
ok. berdasarkan tajuk diatas ye. 
ALIVE tu merujuk kepada album bigbang yg terbaru.
disebabkan kali ni i update blog sambil dengar lagu2 daripada album tersebut..

ehem2. ok. mari kita mulakan. seperti yang dijanjikan. update kali ini tentang family day bersama l'investisseur . amboi hang. nak menyebutnya pun berbelit2 lidah ni pun adoiyai. yg secara rasminya telah pun berlaku pada tarikh 10 februari 2012 , jumaat. taman rekreasi kolej gemia. *betul kah ini? =.=

kalau nak ikutkan la kan. pagi2 lagi dah semangat mau pi mendaki bukit bauk. tapi aktiviti mendaki bukit bauk kebanyakannye budak2 batch i je. takpelahh. janji puas hati sebab more adventure tkot daripada modul time part 4 dulu-dulu. masa mendaki kompem semput la kann. almaklumla dah lama sangat tak exercise time tu. untung cuaca tak panas. and time mendaki tak ingat ape selain sungai yang ada kat bukit bauk tu. pehh. lama sangat tak mandi sungai kan. so. agak teruja di situ.  kira-kira dalam sejam lebih kot dok atas bukit tu.banyak kejadian kat atas bukit tu. kasut tercabut la , seluar terkoyak la, luka2 la. aaaa. ape lagi yehh ? emm.  budak2 mandi sungai macam jakun semacam. kalau boleh nak berendam selama mana yg boleh. aiyoo. btw. i takde gambar la atas bukit ni. kang rosak kamera. payoh plak kang. heee. :-)

the end for bukit bauk yehh. turun2 je. family day dah start. memang tak la nak main terus dgn budak2 part lain. tarik nafas . rehat sebentar. makan ayam berbeku. nasi goreng . air sirap sejuk. and bla3. perut dah kenyang. badan pun dah ada energy. pi amek kamera kat kereta pare. and then main tangkap2 gambar. *thanks to hayyu for the camera.

budak2 kelaparan after mendaki bukit bauk. nom nom nom.
*terliuq plakk.
seperti yang dikatakan tadi. menjamu selera dgn penuh selera la kann. ^^

bila budak2 ni dah ada tenaga. macam ni la gaya nye. energetic sungguh kalau ada aktiviti2 macam ni.
pantang kamera hala ke mereka.kompem ready to pose la kann. aiyooo.

dah yang ni pulak. konon2 jew tuew. almaklumla tak sempat main dgn budak2 part lain . turun lambat sgt dr bukit bauk. so. testing2 jew pun jadi la kann.




meet faiz ye rakan2 sekalian. die ni tak boleh gerak mane2 after mendaki sebab kasut rosak. so. berkaki ayam. and tak boleh buat ape selain bakor2 ayam. kesian.kasut mahal kot. :-))

yeahh. game ni yang agak menarik perhatian i. balut2 manusia pakai tisu. kehkeh. gambar yg sebelah kiri tu budak2 part 4. while yg sebelah kanan plak , lecturer2 kitorang. mdm syu. mdm ira and mdm zue. kesian yg kena balut tu. diorang wakil part 6 . and menang kot. peeerrggghhh peerrrgghhh. haha

meet the ladies. part of my batch. tersenyum lebar betul. senyum sampai ke telinga ye rakan2. 
:-D
  
meet qie , ayu and pare. mereka ni lah yg sanggup melayan otak and perangai i yg agak weird and ntah pape ni. terima kasih ye joyah senah and timah sekalian. *terharu. sobs.


and lastly. acara kemuncak ye . tarik tali. budak2 batch i ni memang semangat overdose kot kalau tarik tali.sebab belum apa2 ....

INI JADINYA ! haha. baru start tali putus dua. serious lawak. rugi i tak rakam. kompem gelak besar la. kalau ingat balik memang memori paling indah pada waktu itu la kot. *ok. syok sendiri jap.

yeah. secara keseluruhannya. i pun taktau part mane yg menang. yg pasti enjoy. gambar 1 batch memang tak boleh lepas.ini pun ramai jugak yg tak hadir. sedih sebab tak semua ada. kurang sikit kenangannye itu. aha. adoi.

the end of family day secara rasminya.
budak2 lain dok mengemas. kitorang  memang buat hal sendiri. main2 kamera.lompat2. buat onar and bla3.

percubaan untuk melompat. hiyaaaahhh. one two three .. jump bebeh jump !

ye. akhir sekali i yg tak nampak. naim dok halang depan i.aigooo.

ok2. last but not least. semua orang dah balik. budak2 laki pun dok terkejar solat jumaat. masih lagi bermain dgn kamera. hikhik. ^^

meh kongsi sikit lagi gambar...




ok. sudah2. banyak pulak gambarnye daripada berkata2.
asyik muka yg sama je yg masuk kamera. *baru perasan. -.-'

akhir sekali.
peace yo ! amboi. dah kenapa muke aku macam tu ?
grrr. * tak puas hati dgn muka sendiri. =.='

bye u olls.
ketemu lagi akan datang .
^^

note ; rindu. ;-)