About Me

My photo
i'm azmira. 1991's. putrajaya. i dont know how to write.

Thursday, April 26, 2012

zoo kemaman


hye semua orang.
meh dekat-dekat . bace blog i yang tak seberapa ni.
:-)

pada tarikh 27-01-2012
bersamaan pada hari Jumaat. i and housemate i dok takde kerja pada hujung minggu telah merancang mahu pi mini zoo kemaman and movie marathon. time ni betul2 takde kerja and menghabiskan duit je tahu.
ish ish ish. bankrap masa tu jugak la senang citer.

ohh. btw. sape kata dah besar2 macam kitorang ni tak leh pi zoo ? seronok tau. walaupun masa kecik2 dulu dah pi dangan parents. tapi seronok juge pi dengan member2. bukan selalu pun kan. ^^.
so. memang hyper kot pi zoo . macam tak penah pi . sebelum itu. mahu diberitahu dulu. kali ini banyak gambar berbanding kata2. heee. 

mini zoo kemaman. harga untuk student macam kami ni RM 7.00 kot. tak silap i la kann. almaklum la. lupe. lama sangat citer ni. sekarang baru ada masa nak update. jangan marah ok. 

inilah mereka. dengan gelang tangan special masing2. memang tak sabar nak pi pusing kat dalam tu. nampak tak train kat belakang tu ? kitorang tak naik pu. jalan kaki saja mula2. mahukan lebih adventure la kononnye. ehemm. exercise gitu. 

seperti biasa. sebelum apa2. tangkap gambar dulu. sebagai tanda  kenangan. haha. i main amek je. yang belakang2 tu candid je semua. sorry guys ! * malas nak rotate.

kan dah cakap. kitorang jalan la. dan pada waktu ni jugak lah. ada sorang akak tu bawak kereta ala2 kereta golf tu kann. die tak reti control. dari jauh dah dengar die jerit KE TEPI ! KE TEPI ! amekk kau. ingat dalam novie je ke ada ? realiti pun ada tau. pehh. nasib baik sempat mengelak. bapak laju kot. turun bukit plakk. phewww.

haiwan pertama yg kitorang jumpa. lawa kepala dia. warna biru tu... 

jalan jalan sambil main tangkap gambar. tak nampak ? zoom la sendiri. heee. 

aaaaa. apekah ini yeh ? tak silap dalam spesis ayam jugak kot.ayam drpd negara mana , i'm not sure. tak tercatat plak. tapi sangat tertarik dengan ini spesis. pandai pose ok. seriously. die pandai pos. time kitorang datang je. kamera kat depan mata die , secara automatik die berhenti . and buat muka macho. *ok. yang tu tipu. in the same time jugak. comel . sebab putih die memang bersih. dijaga sepenuhnya lettew. 

aauuummm auuummmm ! singa bentina. dia ni tak bergerak lansung . kecewa tau kitorang. boleh dia dok tercongok je. takde perasaan lansung. sombong. huh. takpe2. nanti kau. 

haaa. yang ni excited naik tangga tinggi-tinggi. mau tengok harimau and singa permandangan dari  atas. ada titi la senang cerita kat atas tu. tangga sangat tinggi. agak semput jugak la naik tu. aha

haaa. nampak tak ? nampak tak ? dasar singa pemalas. baring je tahu. baru lepas makan lettew. bila tuan sendiri panggil pun tak dilayannye. apatah kite yg org luar ni. amboi. pandang sebelah mata je yehh. grrr.

sebagai kenangan terindah. ehemmm. 

nampak je haiwan ni. terus excited giler . sebab sebelum tgk singa , pi kat kawasan gajah dulu. tapi kecewa sikit sebab time tu die dalam kandang lagi. ingatkan takmau keluar dah. nasib baik patah balik. gajah telah dilepaskan. waktu makan dia lorr. sebab tu dia dilepaskan. memang berlari la dari kawasan singa ke kawasan gajah. kalah budak2 tadika kot. orang lain pandang pelik . tapi masa tu tak pikir ape dah. gajah je yang ada dalam otak. :-D

tengok dari jauh je berani. haha. baru perasan. gajah pun ada bulu tau. bulu die panjang2 and tajam2. tadi nak sangat tengok gajah. bila gajah dekat depan mata terjerit2 takut. adoii.


kyaahhh. amek kesempatan bagi gajah2 tu makan. kitorang nampak die makan daun2 kering yg ada kat sekeliling dia. so. beranikan diri. bagi la daun2 yang ada kat tepi2 kandang gajah tu. time ni memang excited tahap max la kot. kitorang je yg conquer . orang lain tengok je. haha. agak malu bile dipikirkan balik. ^^

lastly. pi tengok ular. adoiyai.memang i dok jauh2 la. tangkap gambar mereka2 ni dari belakang je. i memang tak la nak tengok ular. grrr. geli geleman. tak sanggup nyahhh !


mereka ni cuba jugak menarik i pi tengok ular tu. tapi seriously. perasaan tidak sanggup itu lagi kuat. so. sampai terduduk la jugak kat situ. aiyooo. i tak sanggup nyahh ! haha.

ehemmm.candid la. *malu tersipusipu

kita ada jumpe ini jugak. comel giler ! :D


so. tamatlah sudah. perjalanan kami di mini zoo kemaman. balik dengan penuh bahagia. balik tu perlu naik train. sebab dah keletihan and kelaparan wehhh . cepat2 blah dari tempat tu. then carik tempat makan. pi pantai kemasik and movie marathon at mesra mall ! nanti i akan update untuk entry akan datang yehh.

bye bye olls.
see u next time !
:-D

note : alahai tekak. captla  sembuh.
note 2 : nak tengok the avengers esok tapi tiket sold out ! damn !
huh





No comments: